Menyampaikan syarahan umum bertajuk Hubungan Strategik Malaysia-Indonesia di Menara Bank Mega, Jakarta.

Menyampaikan syarahan umum bertajuk Hubungan Strategik Malaysia-Indonesia di Menara Bank Mega, Jakarta.


Sempat juga berdialog dengan para hadirin yang melontarkan beberapa persoalan berkait tantangan dan peluang dalam kerjasama antara kedua-dua negara.


Saya tegaskan bahawa Malaysia dan Indonesia boleh menjalinkan kerjasama yang mampu mengukuhkan ekonomi kedua-dua negara. 


Kerjasama itu boleh dilaksanakan bagi memastikan kemampanan industri minyak sawit kerana Malaysia dan Indonesia membekalkan hampir 85 peratus pengeluaran minyak sawit dunia. 


Selain itu, Malaysia dan Indonesia harus memperhebatkan lagi kerjasama dalam penghasilan tenaga baharu.


Menyentuh soal ASEAN, pendirian kita selaku saudara serumpun ialah Malaysia akan terus komited memberikan sokongan penuh kepada Indonesia selaku Pengerusi ASEAN pada tahun ini.


Sokongan dan dukungan penuh itu diberikan agar ASEAN terus diperkukuh dan berkesan di rantau ini. 


Sementara itu, saya juga memberi keyakinan kepada pelabur Indonesia mengenai perubahan yang sedang berlaku di Malaysia meliputi kemudahan untuk menjalankan perniagaan dan kadar kelulusan pelaburan yang lebih pantas.







Comments