Menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan Negeri Terengganu di Dewan Senat, Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan Negeri Terengganu di Dewan Senat, Universiti Malaysia Terengganu (UMT). 


Saya mengingatkan semua pegawai kanan dan ketua jabatan kerajaan Persekutuan bahawa saya adalah Perdana Menteri untuk semua negeri, dan layanan kepada setiap negeri adalah setara dan saksama. 


InshaAllah, saya akan ketemu Kerajaan Negeri Terengganu setelah suhu politik itu dileraikan. 


Saya turut memberitahu perkara tersebut kepada Tuanku Sultan Terengganu dalam sesi menghadap pagi tadi. 


Selain itu, saya turut menyeru penjawat awam agar dimaknai prinsip ‘democratic accountability’ dalam mendirikan kebijakan yang baik untuk rakyat. 


Kita sebagai pembuat dan pelaksana dasar tidak harus bersikap ‘complacent’ dan mesti buat sedaya upaya untuk memungkinkan perubahan. 


Setelah menyemak fail-fail di Kementerian Kewangan setakat ini, saya jumpa banyak kecurangan yang saya anggap keterlaluan. 


Namun, urusan untuk menyiasat bukan urusan saya. Urusan saya adalah menetapkan dasar dan menegakkan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban. 


Saya sentuh hal itu di dalam majlis tadi kerana saya mahu penjawat awam untuk faham bahawa ketelanjuran ini tidak harus berterusan. 


Sebagai contoh, projek tebatan banjir adalah hal mendesak dan ia akan diluluskan tanpa tender bagi memudah dan menyegerakan projek tersebut kerana ia melibatkan keselamatan dan kepentingan rakyat. 


Saya mulakan budaya kesederhanaan dari atas kerana saya fikir tidak adil untuk saya sergah pejabat daerah atau negeri tetapi di peringkat Persekutuan budaya itu kekal bobrok.


Saya hadir ke Terengganu tadi bukan untuk mencerca sesiapa, tetapi untuk berpakat demi kepentingan rakyat. 


Saya amat berharap kita dapat menghormati pilihan yang telah dibuat rakyat pada PRU15 yang lalu dan hentikan sentimen politik yang keterlaluan dan merosakkan.








Comments