10 Inisiatif kerajaan kurangkan beban rakyat

 


1. Program Jualan Rahmah iaitu jualan 1,000 barangan keperluan terpilih diberi diskaun 3% sehingga 30% di pasaraya terpilih seluruh Malaysia.

2. Air Asia tawar tambang rendah tetap ke Sabah dan Sarawak sempena perayaan Tahun Baru Cina.

3. Penurunan Tiket Terbuka perlawanan Bola Sepak Piala AFF dari RM50 ke RM30 melegakan peminat bola.

4. Mengurangkan Kadar Tol di Lebuhraya Besraya dan Lekas.

5. Penyaluran peruntukan khas RM60juta daripada Bernas kepada pesawah-pesawah untuk membantu meringkankan kos sara hidup.

6. Pakej Perpaduan untuk prabayar Internet mudah alih serendah RM30 untuk 6 bulan dengan 30GB data untuk golongan Belia, B40, warga emas, Vateran dan OKU.

7. Bantuan Awal Persekolahan RM150 setiap murid tanpa mengira pendapatan penjaga diagih pada Januari 2023.

8. Tawaran Penangguhan bayaran pembiayaan (Moratorium) untuk Pinjaman Agrobank sehingga 6 bulan kepada mangsa banjir.

9. Kerajaan Perpaduan menolak menaikkan tarif elektrik sebagaimana cadangan awal kerajaan sebelum ini untuk penguna domestik, IKS, syarikat berasaskan pertanian dan pengeluaran makanan.

10. Program Payung Rahmah fokus kepada B40 dan miskin tegar untuk membekalkan bakul makanan dan inisiatif Kafe Rahmah untuk mahasiswa membeli makanan dengan harga yang lebih murah.




 












Comments